Kemaskini Terakhir: Ahad,7 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PEMBUKAAN KARNIVAL SUKAN TAHUNAN 2020 DI INSTITUT LATIHAN PENGURUSAN MATERIEL (INSMAT) TUDM KINRARA

2 12 22 32 42 52 62 72 8 

INSMAT, 13 Mac 20 – Institut Latihan Pengurusan Materiel (NSMAT) TUDM Kinrara telah menganjurkan Pertandingan Memanah sempena Pembukaan Karnival Sukan Tahunan 2020 INSMAT. Pertandingan ini dianjurkan oleh pelatih Kursus pengurusan Materiel dan Pengendalian Gudang Siri 95/20 melibatkan Pegawai, staf, jurulatih dan pelatih-pelatih kursus yang melibatkan 6 kumpulan. Karnival Sukan INSMAT ini telah dirasmian leh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM. Acara dimulakan dengan senamrobik.

Objektif pertandingan ini bukanlah semata-mata untuk mencari kemenangan dan kejuaraan, namun pertandingan ini dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim Antara semua Pegawai, staf, jurulatih dan pelatih INSMAT.

Juara kumpulan bagi pertandingan memanah dimenangi oleh Kumpulan Purple Buffalo iaitu gabungan pelatih Kursus Sekolah Sistem Pengangkutan (SPP). Manakala juara bagi kategori individu dimenangi oleh Pegawai Memerintah INSMAT. Tahniah diucapkan pada semua pemenang.

PERBARISAN SEMPENA PERSARAAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA

IPOH, 6 Sept 16 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Dato' Hj Karim bin Abdul TUDM telah menyempurnakan Pemakaian Pangkat kepada 9 anggota LLP bersempena Perbarisan Persaraan beliau. Di dalam ucapan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota Institut Latihan Tentera Udara sepanjang beliau menerajui Pemerintahan MPPLU.

TUDM JOHAN KATEGORI QARI PERINGKAT ATM KE-67

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 16 – F/Sjn U Mohd Rosidi bin Mat Zin yang mewakili perkhidmatan TUDM telah menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat ATM ke-67 bagi Kategori Qari.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat ATM ke-67 anjuran Jabatan Arah Kor Agama ATM (KAGAT) telah berlangsung di Auditorium Kementerian Pertahanan hari ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin.