Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 16 - Kira-kira 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah turut serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2016 iaitu dengan menyertai perbarisan dan perarakan yang telah berlangsung di Dataran Merdeka pada hari ini. Perarakan kontinjen TUDM dengan berpakaian loreng digital telah diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM. Empat buah Prime Mover dengan membawa misil pesawat turut dipertontonkan dalam perarakan tersebut.

Bunyi deruman enjin pesawat TUDM telah menghangatkan lagi suasana Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan terbang lintas daripada sebuah pesawat A400M, dua buah C130, empat pesawat Hawk, Su30 dan F-18D serta sembilan buah pesawat PC7.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah mencemar duli menghadiri sambutan hari yang penuh bersejarah ini. Tema sambutan Hari Kemerdekaan 2016 iaitu 'Sehati Sejiwa'. Tema ini dikekalkan sama seperti tahun 2015 agar rakyat Malaysia dapat menghayati sepenuhnya.