Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUALA LUMPUR, 9 Okt 16 – Cawang Urusetia telah menganjurkan Majlis Makan Beradat khusus sempena persaraan Mantan Asisten Ketua Staf Tadbir, Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Mantan Asisten Ketua Staf Tadbir tersebut di sepanjang perkhidmatan beliau selama 42 tahun di dalam TUDM khasnya.

Turut hadir ke majlis makan malam ini adalah Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Muda dari Cawang Urusetia yang berkhidmat di seluruh Malaysia bagi bersama-sama memberi penghormatan kepada Mantan Asisten Ketua Staf Tadbir yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM telah mengambil alih jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Tadbir mulai 1 Mac 2014 sehingga 2 Sep 16 dan menyerahkannya kepada Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM untuk meneruskan lagi kecemerlangan di dalam Cawang Urusetia.

Bagi pihak seluruh warga TUDM amnya mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada Mantan Asisten Ketua Staf Tadbir, Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM seisi keluarga. Jasamu dikenang.