Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

16265224 1250766038344373 7721807482338491652 n16142734 1250766091677701 348558529313739093 n16142881 1250766141677696 3783979459976318094 n16266290 1250764401677870 9177539666043313537 n16142500 1250764548344522 1787882052985561886 n16143354 1250767338344243 4393036485116743634 n

KUANTAN, 23 Jan 17 – Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menyampaikan Perintah Ulung beliau di hadapan 2000 warga ATM di Pangkalan Udara Kuantan serta dipancarkan secara langsung ke semua peringkat Markas Formasi, Divisyen, Briged, Pangkalan dan unit di seluruh Malaysia melalui Video Conferencing (VC).

Perintah Ulung beliau menggariskan aspek-aspek utama halatuju ATM di bawah kepimpinan beliau yang perlu dihayati oleh seluruh kepimpinan ATM serta warganya agar mencapai aspirasi ATM dalam menuju ke arah sebuah ketumbukan angkatan yang dihormati di rantau ini selari dengan Visi dan Misi ATM.

YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah mengambil alih tampuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 16 Dis 2016 dan merupakan Panglima Angkatan Tentera yang ke-19.