Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

53869c2f 0669 4a29 b4b9 72030ba4ac920447132a e2a7 4147 9a8e 73a0f7d1644aaf42e52c 7008 49f5 a7b4 9dd367f94e24c42fa513 9868 4e57 85c1 0333802d8814

ALOR SETAR, 25 Apr 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan penyampaian Piala Panglima Tentera Udara bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan Penerbangan Sayap Kaku kepada Lt Abdul Samad bin Daud TUDM.


Manakala Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara kepada Penuntut Terbaik Akademik, Lt Izzat Ikhmal Dzulhelmi bin Dzulkiflee TUDM dan Piala Nuri kepada Penuntut Terbaik Penerbangan Helikopter iaitu Lt Aslam Hariri bin Abdul Rashid TUDM.


Anugerah ini telah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara semasa Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan kepada pelatih-pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 78/15 dan Kursus Asas Peralihan Helikopter Siri 57/16 yang diadakan di Kolej Tentera Udara, Alor Setar.