Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

83f13c88 645f 4944 af41 056594059f8ac5ef2242 ac6d 42df 80dd d0d8360e564201755f2f 32d5 43bc 8df4 3aa88b2ed72a5367822c c959 4f7e b3af e4f317364c6074951b7b a445 4179 8a34 7b9fd3dcda9708aa3f9f 67c1 4dbb b2a6 6dd19cb658e49a000c99 5f7c 4609 8970 51960d1154ae99186b2d 743c 4a8c b7ee 82864608ca19d1902f8b 5c87 4b0c b1f8 bb86a679d573ce260de8 2ce3 4e68 96bb fdd17d0a2e19ed3c178b 1ec9 4fab a0c1 5723d6a18d3c

ALOR SETAR, 25 Apr 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah menghadiri Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan kepada Para Pelatih Juruterbang yang berjaya menamatkan kursus di Pusat Latihan Terbang Satu (PULATIBANG 1), di Kolej Tentera Udara, hari ini.

Seramai 31 Pegawai Muda TUDM telah dianugerahkan Sayap Penerbangan TUDM setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Penerbangan Siri 78/15 dan Kursus Asas Peralihan Helikopter Siri 57/16 di Pusat Latihan Terbang (PULATIBANG) Kolej Tentera Udara.

Perbarisan ini dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu di dalam masa perlahan dan cepat jalan diikuti pemeriksaan perbarisan dan penyampaian sayap penerbangan oleh YBhg Panglima Tentera Udara kepada pelatih-pelatih Juruterbang. Perbarisan mempersembahkan Hormat Panglima diiringi dengan lintas hormat tiga buah helikopter jenis EC 120B dan lima pesawat Pilatus PC-7 MK II.
Turut hadir dalam majlis sama, Panglima Pemerintahan Bantuan Udara, YBhg Lt Jeneral Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM, Panglima Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jeneral Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, Pegawai-pegawai Kanan dan Keluarga Pelatih-pelatih.