Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6d687c74 91ba 4b5c a5b1 894d659b016d7fd21b1b 9243 43d5 8396 1d998c332eb6623931a6 6853 4552 9949 af024ce722b8f99a198a 7a8a 4dc8 bd83 c14c10e192e2

ALOR SETAR, 25 Apr 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menekankan tiga aspek utama sempena penanugerahan Penyampaian Sayap Penerbangan kepada sidang media hari ini iaitu :

      - Memperkasakan TUDM dengan melahirkan Pelapis Juruterbang yang bakal mempertahankan kedaulatan ruang udara Negara.

    - Latihan yang berfokuskan kepada pengukuhan Asas Penerbangan untuk mempersiapkan Juruterbang mengharungi cabaran mengendalikan pesawat “State Of The Art” mengikut arus pembangunan dunia aviasi.

    - Menyediakan Jurulatih yang berkaliber serta rekod cemerlang bagi memastikan piawaian bakal Juruterbang berada di tahap tertinggi serta sebagai contoh kepada pelatih Juruterbang.

Panglima Tentera Udara berharap transformasi baru TUDM dalam bidang Pendidikan dan Latihan ini akan dapat meningkatkan kualiti bakal juruterbang TUDM khasnya dan memastikan TUDM sentiasa berada di puncak kecemerlangan amnya.

Di akhir ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima-penerima anugerah yang disampaikan sebentar tadi dan semoga kejayaan ini menjadi suatu pemangkin kepada usaha yang telah dipamerkan dan berkekalan mencapai tangga kejayaan di masa akan datang.