Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170721 WA0001IMG 20170721 WA0003IMG 20170721 WA0007IMG 20170721 WA0008IMG 20170721 WA0011IMG 20170721 WA0013IMG 20170721 WA0020IMG 20170721 WA0028IMG 20170721 WA0030

KUALA LUMPUR, 21 Jul 17 - Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini. Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Panglima-panglima Perkhidmatan selaku tuan rumah turut hadir bagi menyambut tetamu-tetamu kenamaan ke majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Mohd Johari bin Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Mantan-Mantan Panglima Perkhidmatan

Majlis Sambutan Aidilfitri ATM pada tahun ini turut dihadiri pelbagai peringkat pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang bertugas disekitar Lembah Kelang.