Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789

Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 19 hingga 22 Julai 17 di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini adalah mesyuarat penggal kedua bagi tahun 2017 dan TUDM telah bertindak sebagai penganjur bagi mesyuarat kali ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM, Panglima Wilayah Udara 1 selaku pengerusi TUDM dan Air Marshal Bhanupong Seyayongka, Deputy Chief of the Air Staff (Operations) selaku pengerusi RTAF. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincang dan merancang semua aktiviti dua hala yang melibatkan TUDM dan RTAF sepanjang tahun 2017 dan 2018.

Bagi meningkatkan tahap keserasian dan setia kawan antara ahli-ahli mesyuarat kedua negara, mereka telah disajikan dengan aktiviti riadah dan lawatan ke tempat tarikan pelancong. Dengan aktiviti sebegini, hubungan baik sedia ada antara kedua negara dapat terus dikekalkan dan ditingkatkan yang secara tidak langsung boleh memastikan kestabilan keselamatan serantau dapat dikekalkan.