Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

490fbbf4 050f 4c60 bbe5 d62befaac08b82db25b2 1890 4c83 a3c6 e68dc1541b8a0a70691e b36a 4fed b411 75608e63284e57f51a42 57ce 4e27 ac18 c393d36c8db267e0e8af c3e0 4908 bfb6 b20e90e3f828921b6d23 ca59 4593 b528 3820fc839debc344fc76 2145 444c aee6 3c1b480588ffe5c1ab5c 95d9 4602 9418 58eb33213fc3ee061774 58d6 4a3b 8e4d 93b598e7b457 1

KUALA LUMPUR, 25 Jul 17 – Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah mengadakan Majlis Sambutan Warna Warni Aidilfitri BAKAT Udara bertempat di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah dan Timbalannya, Datin Sri Norainy binti Shahar Alam serta ahli-ahli BAKAT Udara yang lain.

Di majlis ini juga turut diadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan Mantan Ahli Jemaah Tertinggi yang telah bersara iaitu Datin Sri Dasimah bt Bongsu, Datin Mayween bt Zain, Datin Kalsom binti Abd Raof, Datin Sabariah bt Zainol Abidin, Datin Zuraidah binti Zakaria dan Datin Fauziah bt Gulam Haider. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh mereka yang diraikan di sepanjang perkhidmatan di dalam BAKAT Udara khasnya. Jasamu dikenang.