Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8a8ba311 29b1 4cf7 b3e2 4b2819308f3571766870 5078 4e3a 8472 a1fcba88c4ef0a2fb60f c0b2 4f4e 9141 77c884f661f6bc461374 d15d 433b bb73 30f7d808f9fd90223f1b 04b3 4dc2 87b6 e1ccb49f87560a1246d9 2be3 42fb 898b f0adbf29636b ccf61962 b9e7 4c91 8a5b eec403f349ba4dca3a45 be5d 4529 8de6 3f976d695db3658c3da2 2388 469b a69c 98d971744a8e

BANTING, 25 Jul 17 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM bagi Tahun 2017 telah dilaksanakan di Wisma Ahli Udara, Rejimen TUDM Jugra yang bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Seramai 12 peserta terdiri daripada empat peserta pegawai, empat peserta Qari LLP dan empat peserta Qariah yang mewakili zon masing-masing telah memperdengarkan bacaan. 

Bagi kategori pegawai telah dimenangi oleh Mej Hj Muhammad Hamzani bin Hj Mahmod TUDM mewakili Zon Uatara. Kategori Qari LLP telah dimenangi oleh Kpl U Mohamad Ghazali bin Zakaria mewakili Zon Tengah. Manakala Johan Kategori Qariah dimenangi oleh LUK Umi Kalsom binti Bakar mewakili Zon Utara

Johan keseluruhan bagi Tilawah Al-Quran bagi Tahun 2017 telah dinobatkan kepada Zon Utara. Setiap pemenang akan mewakili TUDM di dalam Tilawah Peringkat ATM nanti.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diiringi Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM.

Majlis pada hari ini turut diserikan dengan persembahan kumpulan Nasyid Badiuzzaman dari Maahad Tahfiz Integrasi Sains, Kampung Bandar, Banting Selangor.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Pendidikan Latihan dan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee binYahaya TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.