Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170729 WA0006IMG 20170729 WA0013IMG 20170729 WA0017IMG 20170729 WA0020IMG 20170729 WA0002IMG 20170729 WA0024IMG 20170729 WA0025IMG 20170729 WA0027IMG 20170729 WA0035IMG 20170729 WA0037IMG 20170729 WA0040IMG 20170729 WA0041IMG 20170729 WA0042IMG 20170729 WA0043IMG 20170729 WA0044IMG 20170729 WA0045IMG 20170729 WA0046IMG 20170729 WA0049

BUTTERWORTH, 29 Jul 17 - Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 No 18 Skuadron (Pesawat FA-18D Hornet) telah berlangsung di Hangar No 18 Skn, Pangkalan Udara Butterworth. Berbeza dengan sambutan yang lain, Panglima Tentera Udara , YBhg Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM menaiki Pesawat F/A 18D Hornet yang telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang. Pesawat tersebut telah diterbangkan oleh Pegawai Memerintah No 18 Skuadron, Kol Koey Tang Chai TUDM.

Panglima Tentera Udara melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Ulang Tahun Ke-20 bagi No 18 Skuadron setibanya beliau di Skuadron tersebut. Penerbangan dari Pangkalan Udara Subang yang mengambil masa hampir 20 minit itu sangat bermakna bagi Panglima Tentera Udara setelah sekian lama tidak terbang dengan pesawat pejuang. Penerbangan terakhir adalah semasa beliau menjadi Pegawai Memerintah No 17/19 Skuadron dengan menerbangkan pesawat MiG-29 pada tahun 2004.

Majlis diteruskan dengan Jamuan Makan Tengahari Panglima Tentera Udara bersama Pegawai dan LLP Skuadron ini termasuk mereka yang pernah berkhidmat di No 18 Skuadron. Mej Jen (B) Dato' Jusoh bin Embong TUDM, Pegawai Memerintah Pertama No 18 Skn telah menyampaikan ucapan bagi wakil mereka yang pernah berkhidmat di Skuadron tersebut. Panglima Tentera Udara mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan seluruh anggota pada majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pertunjukan udara oleh pesawat F/A-18D yang mempamerkan kehebatan pesawat pejuang milik TUDM serta ketangkasan juruterbang dalam mengawal pesawat tempur ni. Ini membuktikan TUDM sentiasa bersedia dalam mempertahankan ruang udara Negara selari dengan halatuju MinDef berdasarkan Teras Kesiapsiagaan.

"Penggunaan pesawat F/A 18D Hornet masih releven walaupun mencecah usia 20 tahun mempertahankan ruang udara Negara", kata Panglima Tentera Udara semasa sesi sidang media.