Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3bb0ea4d f028 44c5 b38a 9dad741eeb1926b14fe4 ebf2 41df b4bb fd458591101d749b249c 0a08 417d a2e6 b12228e01fde4975c876 689c 4744 8514 872877941278b4b30c5d 2434 43db a743 4b15b01e3d04f5f7b7f3 2bd2 4d1b 83b7 3a71a8d6ac25

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 17 – General Abdulrahman Saleh Al-Bunyan, Chief of General Staff, Saudi Armed Forces telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari ini.

Ketibaan beliau di Kementerian Pertahanan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain. Beliau seterusnya mengambil tabik hormat perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan.

Dalam rangka lawatannya di sini, beliau telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohammad Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua Negara yang telah sekian lama wujud.