Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC2411 DSC2360 DSC2405 DSC2336 DSC2341

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 17 – Malaysia telah dipilih untuk menyertai State Partnership Program (SPP) dengan Washington National Guard (WANG), Amerika Syarikat. Majlis pemeteraian perjanjian SPP ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dengan The Adjutan General, Maj Gen Brat Daugherty, Washington National Guard di Wisma Perwira ATM pagi ini. Dengan menyertai SPP, Malaysia telah menjadi Negara kedua ASEAN bekerjasama dengan WANG selepas Thailand yang menyertai program tersebut secara rasmi pada tahun 2002.

SPP telah berkembang semenjak tahun 1991 bermula apabila U.S European Command membuat keputusan untuk mewujudkan Joint Contact Team Program di kawasan Baltic bersama Pasukan Simpanan Amerika Syarikat. Rentetan itu, National Guard Bureau telah membuat keputusan supaya negari-negeri di Amerika Syarikat mewujudkan kerjasama ketenteraan antara Pasukan Kawalan Nasional masing-masing dengan negara-negara bekas Blok Soviet telah bermula dari inisiatif tersebut. SPP seterusnya telah menjadi kunci utama sebagai alat kerjasama Pertahanan Amerika Syarikat dan program tersebut diperluaskan keserata dunia. Program ini turut merangkumi aspek hubungan ketenteraan dan awam di peringkat antarabangsa bagi Amerika Syarikat dengan negara-negara terlibat.

Program State Partnership adalah dikawal selia oleh National Guard Bureau yang berpusat di Pentagon dan telah berkaya menjalinkan hubungan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara di serata dunia semenjak 20 tahun yang lalu. Pemilihan Malaysia ke dalam program ini menjadikan jumlah keseluruhan 74 negara menyertai program State Partnership. Penyertaan Malaysia dalam program ini akan memberi lonjakan dan ikatan keyakinan yang mendalam antara kedua-dua negara serta keuntungan melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman dari kedua-dua pihak.

Melalui SPP, the National Guard dan ATM bukan hanya melaksanakan aktiviti kerjasama ketenteraan bagi menyokong matlamat pertahanan Negara tetapi juga melibatkan pembangunan sosial. Semenjak ia ditubuhkan, the Washington National Guard telah melaksanakan lebih dari 100 pertukaran kepakaran termasuk humanitarian assistance and disaster relief (HADR), pengurusan kecemasan, aviation opportunities dan medical response and treatment yang memberi manfaat kepada Amerika Syarikat dan negara-negara yang terlibat.

Sebagai langkah permulaan, ATM dan WANG telah melaksanakan beberapa siri latihan bersama melalui Exercise BERSAMA Warrior pada 6 hingga 18 Ogos di Mentakab, Pahang dan Kluang, Johor. Kerjasama pertahanan ini akan diperkembangkan lagi di masa hadapan bagi kepentingan kedua-dua pihak.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Seri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.