Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170816 WA0014IMG 20170816 WA0013IMG 20170816 WA0020IMG 20170816 WA0023IMG 20170816 WA0021IMG 20170816 WA0022

SUBANG, 16 Ogos 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 38/2017 bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Seramai 55 peserta terdiri daripada 50 peserta lelaki dan 5 peserta wanita telah berjaya menamatkan kursus ini yang bermula pada 18 Julai yang lalu.

Turut hadir di majlis penutup ini Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, wakil AKS Sumber Manusia, Kol Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM, wakil AKS Tadbir, Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM, Pemangku Komander Pangkalan, Kol Mohd Sharil bin Mohd Ariffin TUDM dan Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abd Ghani TUDM.