Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170818 WA0021 IMG 20170818 WA0020IMG 20170818 WA0022IMG 20170818 WA0023IMG 20170818 WA0025IMG 20170818 WA0019

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia telah melaksanakan Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) peringkat Markas Tentera Udara bertempat di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Program TN50D peringkat MTU telah dimulakan dengan sesi pengenalan program yang disampaikan oleh Moderator iaitu Mejar Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM (AKS Operasi & Strategi). Program ini telah diteruskan dengan sesi dialog bersama Panglima Tentera Udara mengenai TN50D bersama seluruh peringkat warga TUDM khususnya yang bertugas di Markas Tentera Udara.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Justeru, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan telah mewujudkan mekanisme transformasi yang meliputi aspek pertahanan dengan memperkenalkanTransformasi Nasional 2050 Pertahanan (Defence) atau TN50D.

TN50D adalah satu usaha untuk membangunkan hala tuju pertahanan melalui cara pengumpulan aspirasi warganya yang dikumpulkan daripada semua peringkat dan di angkat naik ke peringkat atasan. TN50D menyasarkan sasaran jangka panjang dan dilakukan secara progresif berterusan yang akan ditandai dengan pencapaian interim.

TN50D akan berpandukan kepada 5 teras hala tuju MinDef yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pertahanan iaitu:

1. Teras Kesiapsiagaan
Kesiagaan dan keupayaan aset dan operasi ATM serta transformasi dan halatuju TDM, TLDM dan TUDM.

2. Teras Keselamatan
Kedaulatan negara melalui fokus kepada keselamatan zon maritim, Wilayah Timur Sabah dan persempadanan daratan, keselamatan siber serta menangani ancaman keganasan.

3. Teras Kebajikan
Kebajikan warga, anggota tentera dan keluarga, para veteran dan bekas-bekas pejuang negara melalui perumahan, pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan hidup.

4. Teras Diplomasi Pertahanan
Pengukuhan hubungan dan diplomasi pertahanan dengan negara-negara serantau dan kuasa besar dunia melalui kerjasama strategik, pengaruh kepemimpinan negara, keyakinan rakyat dan penganjuran LIMA'17, pemeteraian Trilateral Cooperative Arrangement dan pewujudan High Level Committee

5. Teras PLKN 2.0
Pelaksanaan PLKN 2.0, mengukuhkan fungsi Briged Sukarelawan Negara, mengoptimumkan Kem PLKN dan 'society engagement'.

Pelaksanaan program mengikut teras halatuju MINDEF yang telah digariskan ini juga akan memberi impak secara menyeluruh kepada organisasi seperti :

1. Memastikan ATM sentiasa dalam keadaan siapsiaga.
2. Meningkatkan keupayaan berdikari pertahanan Negara.
3. Meningkatkan keselamatan Negara dan sasaran penting.
4. Memelihara kedaulatan Negara, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.
5. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap komintmen kerajaan dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan Negara.
6. Meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam industri pertahanan.
7. Meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada veteran-veteran ATM dan pejuang Negara.
8. Meningkatkan keprihatinan kerajaan kepada kebajikan veteran ATM dan bekas-bekas pejuang negara.
9. Mengukuhkan pertahanan Negara dengan meningkatkan keupayaan tempur dan keberkesanan misi.
10. Transformasi ATM mengikut “Geopolitical/Security Landscape” dan perkembangan teknologi terkini.
11. Membuktikan semangat patriotisme syarikat-syarikat yang berteraskan pertahanan dalam membantu kerajaan melaksanakan agenda pertahanan negara.

Sejak pelancaran HalaTuju MINDEF pada awal januari 2016 yang lalu, ATM amnya telah mencapai perkembangan positif seperti berikut :

1. Pencapaian 200% pelaksanaan program dari rancangan asal (105 – 211).
2. Peningkatan keyakinan rakyat terhadap pengurusan keselamatan (meningkat 50% - 70%).
3. Peningkatan keyakinan rakyat terhadap keselamatan Sabah & Sarawak.
4. Kewibawaan negara dalam pengurusan hal ehwal antarabangsa.
5. Meningkatkan atur gerak keupayaan pertahanan negara.
6. Peningkatan moral anggota / kakitangan & ahli keluarga (eg payband, feri sekolah, RKAT).
7. Pembelaan nasib veteran dirasai (bantuan ubat-ubatan melalui eMASS).
8. Menghasilkan 5000 usahawan berjaya melalui NBOS, MOU dan kolaborasi.
9. Memberi nilai tambah kepada generasi muda melalui PLKN.
10. Sambutan positif ibu bapa terhadap PLKN 2.0.
11. Menambahkan bilangan pengundi berdaftar.
12. Peningkatan 100% likes & followers di media sosial.

Sasaran Semasa :

1. Mengutamakan semula semua projek untuk memastikan pencapaian berdasarkan peruntukan.
2. Pengurusan Persepsi & identiti melalui Komunikasi Strategik : - Komunikasi Moden: Amalan & Tuntutan semasa - Amalan terbaik : MAHA 2016 untuk promosi LIMA’17 - Mobilisasi kumpulan sasar MinDef melalui penjenamaan semula.
3. Menerapkan & membudayakan amalan Integriti dalam pengurusan kewangan, akaun, pembangunan & perolehan.
4. Memfokuskan kpd pelaksanaan dan penyelesaian kontrak2 yg telah diwujudkan terutamanya kontrak2 berkaitan dgn 5 teras.
5. Memproses bil segera (tempoh 7 hari).
6. Mewujudkan bank data BSKN.

Sasaran 2017 Dan Masa Depan:

1. Melaksanakan Program Game Changer (menjelang Jun 2017) yg melibatkan: - Perumahan - Skim Perkhidmatan - Pendidikan - Kelestarian Veteran - Kesihatan – Kesejahteraan.
2. Menggerakkan Gelombang Nasional JLKN, RELA, 1M4U sebagai wadah belia progresif negara.
3. Mobilisasi Anggota melalui pembinaan 4 kem baru.
4. Menangani ancaman keganasan, IS & Daesh.
5. Pengoperasian sepenuhnya Cyber Defence Operations Centre (CDOC).
6. Perhimpunan Perdana Veteran Kebangsaan Bersama PM 2017 • Memperkasakan perkongsian strategik MinDef/ATM & Industri Pertahanan.

Turut hadir ke Program Dialog TN50D adalah Timbalan Panglima Tentera Udara ; Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM, para pegawai dan anggota TUDM yang bertugas di Markas Tentera Udara.