Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6932DSC 6862

DSC 6976DSC 7068

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2017 - Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM ke-27 di Wisma Perwira ATM hari ini.

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak anggota ATM yang mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang akademik di peringkat PT3, SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA tahun 2016 supaya ianya menjadi satu galakan atau insentif kepada semua anak anggota ATM.

Pada tahun ini, seramai 607 orang anak anggota dan veteran ATM dari seluruh negara menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan. Daripada jumlah ini, 341 orang merupakan mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3), 165 orang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 101 orang lagi merupakan mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Bagi zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang diraikan dalam majlis pada hari ini, seramai 333 orang pelajar layak menerima anugerah ini termasuk 20 orang anak veteran ATM.

Selain pingat dan sijil, kesemua pelajar akan menerima ganjaran berbentuk wang tunai berjumlah RM800 bagi PT3, RM1,500 bagi SPM dan RM1,000 bagi mereka yang akan mula melanjutkan pengajian di institusi Pengajian Tinggi.

Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat YBhg Jen Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Timbalan Panglima Tentera Laut YBhg Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.