Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170823 WA0002IMG 20170823 WA0003

IMG 20170823 WA0000IMG 20170823 WA0005

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 17 - Air Chief Marshal Mark Binskin, AC Australian Chief Of Defence Force telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari ini. Ketibaan beliau di Kementerian Pertahanan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera , Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai kanan ATM yang lain. Beliau seterusnya mengambil tabik hormat perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan.

Dalam rangka lawatannya di sini, beliau telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohammad Affandi bin Raja Mohamed Noor. Turut hadir Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua Negara yang telah sekian lama wujud.