Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

MOKUP FRAME PACAF DSC5614 DSC567205928660 70f4 4760 aec1 8050a718432f1e940387 bdd8 4491 a2c1 61a9d31cbb610479675f 6298 4800 8f44 3ff8633f33a3DSC 0073DSC 0065DSC 0096DSC 0098000 2652000 2644

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 17 – Commander of Pacific Air Force (PACAF), General Terrence O’Shaughnessy telah melaksanakan lawatan kerja rasmi beliau ke Malaysia. Dalam rangka lawatan selama 2 hari mulai 24 hingga 26 Ogos 17, beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum dan Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor di Wisma Pertahanan. Hadir sama semasa kunjungan berlangsung Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen TUDM yang turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.

Dalam rangka lawatannya di sini, General Terrence O’Shaughnessy turut diberikan taklimat berkenaan organisasi TUDM sejurus selesai melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara. Taklimat tersebut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan AKS-AKS Bahagian.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan PACAF.