Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

524136

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 17 – Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) telah memetraikan tiga (3) Perjanjian Persefahaman (MOU) hari ini dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pertahanan di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk melihat PERNAMA lebih berdaya saing dan terus maju dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap warga ATM.

Perjanjian Persefahaman ini ditandatangani oleh Encik Mohd Zaini Khalid, Pengurus Besar PERNAMA dengan Dato’ Ahmad Fuad Mohd Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON bagi MOU bersama PROTON Edar Sdn Bhd, Datuk Hj Ahmad Bukhori Hj Ghazali, Pengarah Eksekutif Imtiyaz Travel & Tours bagi MOU bersama syarikat Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd dan Tuan Hj Sirajudin Y. Mohamed Mydin, Pengerusi Dessert Alchemy bagi MOU bersama syarikat Dessert Alchemy Sdn Bhd.

Upacara menandatangani ketiga-tiga MOU disaksikan oleh Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera dan Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (B), Pengerusi PERNAMA.

MOU yang ditandatangani bersama Proton Edar Sdn Bhd dan Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd akan memberikan kemudahan buat warga ATM untuk memiliki kenderaan baru atau menunaikan Umrah melalui skim pembiayaian di PERNAMA, manakala MOU bersama Dessert Alchemy Sdn Bhd adalah lebih kepada membuka ruang untuk pembangunan usahawan di kalangan veteran.