Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

21150433 1474232329331075 6368194991299419366 n21151656 1474232012664440 5235211360964359023 n21192808 1474232182664423 4160194637338042710 n

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 17 - Persatuan Ragbi TUDM telah menyertai Kejohanan Ragbi 15 sepasukan Kuala Lumpur 2017 mulai 15 Apr sehingga 26 Ogos 17. Pasukan Ragbi TUDM telah bermain 7 perlawanan dan memenangi 6 perlawanan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Kumpulan dalam pertandingan tersebut.

Hasil dari kejayaan ini, Pasukan Ragbi TUDM telah layak ke perlawanan akhir merebut kejuaraan Liga Ragbi Kuala Lumpur tahun 2017 menentang "Skira Eagles" di Padang Ragbi Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Pasukan Ragbi TUDM aka "Blackhawk" telah berjaya menewaskan "Skira Eagles" dengan kutipan mata 34 - 17.

Kejohanan ini telah dihadiri oleh Pengerusi JKK Lembaga Sukan TUDM, YBhg Brig Jen Dato' Dr. Yunus bin Masjuki TUDM dan Pengerusi Persatuan Ragbi Kuala Lumpur, YBhg Dato' Nik Azmi.