Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20170828 WA0005IMG 20170828 WA0006IMG 20170828 WA0007IMG 20170828 WA0003IMG 20170828 WA0002IMG 20170828 WA0004
 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hadir di Majlis Penutup Larian Merdeka Tentera Darat Tahun 2017 yang telah diadakan di Pintu Masuk Utama Plaza Petronas, KLCC.
 
Acara Larian Merdeka Tentera Darat dengan membawa 59 Jalur Gemilang melibatkan 60 pegawai dan anggota LLP yang bermula seawal 12 Ogos lalu telah dilaksanakan dari tiga penjuru negara iaitu Zon Timur, Zon Barat dan Zon Selatan.  Simboliknya, bendera yang ke-60 diserahkan oleh pihak penganjur kepada kumpulan terakhir yang tiba di lokasi penamat iaitu di KLCC pada malam ini bagi melengkapkan 60 bendera sempena sambutan ke-60 kemerdekaan negara.
 
Jarak keseluruhan larian Merdeka TD 2017 ialah sejauh 1,565 kilometer (laluan Timur - 668KM, Selatan - 342KM dan Utara - 555KM). Larian melibatkan jalan-jalan utama dan di setiap perhentian turut diadakan aktiviti bersama masyarakat seperti pameran statik aset TD, senamrobik, pertunjukan brassband, pemeriksaan kesihatan percuma dan program Jiwa Murni.
 
Turut menyemarakan acara pada malam ini adalah persembahan Pentomin berkisah kepada perjuangan menentang komunis demi mempertahankan kedaulatan negara yang dijayakan oleh 10 orang anggota dari Batalion ke 73 Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) manakala deklamasi sajak telah disampaikan oleh Lt Kol Hj Hasni Suhaimi bin Hj Hassan.
 
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.