Kemaskini Terakhir: Sabtu,18 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170907 WA0009WhatsApp Image 2017 09 07 at 19.59.39IMG 20170907 WA0011IMG 20170907 WA0014IMG 20170907 WA0013 IMG 20170907 WA0015IMG 20170907 WA0016IMG 20170907 WA0012IMG 20170907 WA0010

SUBANG, 7 Sep 17 - Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-5 UNIFIL seramai 215 orang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pangkalan Udara Subang petang tadi.

MALBATT 850-5 mempunyai kekuatan seramai 850 anggota yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, 30 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Darusalam (ABDB) dan seorang kakitangan awam KEMENTAH. MALBATT 850-5 ini diketuai oleh Kol Khairul Anuar bin Abd Aziz.

Kumpulan Kedua MALBATT 850-5 seramai 215 orang dijangka akan digerakkan pada 13 Sep 2017 diikuti Kumpulan Keempat dan terakhir juga seramai 215 orang adalah pada 24 Sep 2017.

MALBATT 850-5 telah menjalani latihan integrasi pasukan (FIT – Force Integration Training) selama tiga bulan di MALBATT Village, Port Dickson mulai bulan Jun 2017 hingga Sep 2017.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta wakil-wakil Panglima Perkhidmatan dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM.