Kemaskini Terakhir: Sabtu,18 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170909 WA0017IMG 20170909 WA0016IMG 20170909 WA0019IMG 20170909 WA0012IMG 20170909 WA0014IMG 20170909 WA0015IMG 20170909 WA0013IMG 20170909 WA0020IMG 20170909 WA0021

SUBANG, 9 Sep 17 - Seramai 12 orang pegawai ATM dan pegawai awam Kementerian Pertahanan telah berlepas ke Bangladesh bagi Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya. Tinjauan ini dibahagikan kepada 2 tim yang melibatkan tim tinjauan ke Dhaka diketuai oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal dan tim tinjauan ke Chittagong yang diketuai oleh Ketua Staf Angkatan Bersama. Penerbangan ke Chittagong juga melibatkan 12 krew pesawat dan juga barang-barang makanan sumbangan 1M4U seberat 12 tan.

Tinjauan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mengenal pasti bentuk bantuan kemanusiaan yang mampu disediakan oleh Kementerian Pertahanan dan ATM.

Pelepasan tim tinjauan ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak di Pangkalan Udara Subang tadi dan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.