Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c83522f7 7b40 4dcd b244 0fb5600a8aebb29ce3c2 9747 42e6 b52d 4c1d83a2cdd739a3b02d 39bd 4d1a bf25 205ff1c82b713d15d750 ee9a 40c9 85d2 95afc6363b5f4c2ecf6b d360 46b9 a880 e503a4d6507d4e9e0506 267a 4bea 9001 a413cac219007fcdf135 ff00 4af5 a3c6 3adca4eeb3cf98b9dc51 348b 4bbd be38 814b182b8298e2d1cbba 85ac 466b 879c 15620910e72ebe16af27 8afb 4f71 8c33 0c43a9254caa44fab103 fe4c 4c9e 8f17 b376861d4d19860689b4 aeee 4a74 972e 2a6c7b24010f6028832c 8a57 4f8e 8db6 435cdf272836e0502a04 1895 4075 8f4d a4130e7a1591267ff960 2f38 4eaa 9b4a 0e3353551b989a9a2991 465e 4f90 a52f 103df4eedcfdad546c17 02d5 44ff 87dd 20d55dab43d8ecfe7b8b 4583 4922 9a13 ee0440e477d9

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri’ Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Puan Sri Datin Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah telah menghadiri majlis sambutan 50 tahun pesawat Nuri yang berlangsung pada 17 Sep 17 bertempat di Wisma Perwira ATM. Majlis dihadiri hampir 500 tetamu termasuk bekas juruterbang pesawat Nuri serta anggota dan krew pesawat yang telah bersara mahupun telah bertukar keluar.

Pesawat Nuri mula memasuki inventori TUDM pada Jan hingga Mei 1968 yang pada permulaannya diterima sebanyak 10 buah pesawat dan jumlah keseluruhan di dalam inventori TUDM adalah sebanyak 43 buah. Pesawat ini merupakan pesawat yang ditunggu oleh TUDM bagi meningkatkan keupayaan pesawat yang sedia ada iaitu pesawat jenis Helikopter Alouette III yang telah berkhidmat mulai 1963. Pesawat Nuri ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada Mac 1968.

Kemampuan pesawat Nuri yang berbeza dengan pesawat Alloutte III merupakan faktor pemilihan pesawat ini. Ruang kabin/kargo yang lebih besar dan mampu membawa sehingga 30 orang penumpang menjadikan pesawat ini sangat diperlukan oleh TUDM. Selain itu, pesawat Nuri ini mampu terbang pada jarak yang lebih berbanding pesawat helikopter lain yang dimiliki TUDM ketika itu. Hal ini membuatkan pesawat Nuri sesuai ditugaskan sebagai pengangkutan taktikal terutama di kawasan komunis.

Pesawat Nuri ini juga telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan oleh negara luar kerana penglibatannya dalam melaksanakan bukan sahaja di dalam negara malah turut terlibat bagi operasi di luar negara. Ini membuktikan kebolehan pesawat Nuri ini mampu beroperasi dengan cemerlang di kawasan konflik serta melaksanakan bantuan kemanusiaan (penerbangan ehsan dan bantuan banjir).

Di majlis sambutan ini juga telah berlangsung penyampaian anugerah seperti pin Jam Penerbangan Sikorsky dan Green Endorsement, penghargaan kepada penerima Pingat Gagah Berani (PGB), Pingat Tentera Udara (PTU) dan Pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).

Turut hadir bagi meraikan sambutan ini adalah mantan-mantan PTU, Kedutaan Amerika Syarikat, Regional Executive Asia Pasific Sikorsky, Lockheed Martin Inc dan Rajawali Aerospace.