Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 9080DSC 2271DSC 2293IMG 9024IMG 9029DSC 2435IMG 9008IMG 9146IMG 9162IMG 9199IMG 9205

PUTRAJAYA, 19 Sep 17 - Perbarisan Istiadat Mengarak Panji-panji KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara.

Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Othman, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang melibatkan 25 pegawai dan 563 anggota lain-lain pangkat.

Perbarisan juga mempersembahkan tembakan kehormatan sebanyak 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil.

Selain itu, terdapat juga penerbangan lintas hormat oleh lima (5) buah pesawat helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh Mejar Zool Amali bin Shodali TUDM. Pesawat-pesawat berkenaan membawa bendera Jalur Gemilang, ATM, TDM, TLDM dan TUDM.

Turut dipersembahkan adalah pancaragam yang mengiringi istiadat perbarisan dari gabungan pancaragam Pusat ATM dibawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan bin Yahya.

Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai kanan ATM, PDRM, Bomba, Penjara, dan Pertahanan Awam.