Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3bcfd40e cffb 4080 991b faef80cb8e48079516f0 6d8e 4a61 b135 459da814e8bf4a3c2c0c f4aa 4da6 b0df 21cdd9cbc319a05ea67e 79ce 46c9 9b3a 439de643307511f95065 68b3 4d07 ac8b 67119ac54fc94071b62d 8f9b 4e20 a106 c511d70ca7f0603ca24f 6113 4f41 b39e 94f5628dcf5b21a8eac7 8cb8 4d29 9bd8 50b0c9723ad41cb1d1ac b0d2 4247 9400 6ab0f5e0ee2e3006c961 e261 4d04 bf62 a3fbf2752b9dad193ed1 565f 440b 8df9 64934ed330b2

JAKARTA, 20 Sep 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dalam rangka lawatan rasminya ke Indonesia telah dianugerahkan Sayap Penerbangan Kehormat dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) yang disempurnakan oleh Kepala Staf TNI-AU, Marsekal TNI Hadi Tjahjanto di Markas Besar hari ini.

Terdahulu, ketibaan Panglima Tentera Udara disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di hadapan Markas Besar TNI-AU sebelum melakukan kunjungan hormat ke atas Kepala Staf TNI-AU.

Marsekal TNI Hadi Tjahjanto sebelum ini turut menerima Sayap Penerbangan Kehormat dari TUDM ketika lawatan rasminya pada 12 Apr yang lalu. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan TNI-AU.