Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

49519bcd 605d 41cd b5ff 8a76d2643f8623c9e488 d8e6 4eea 9695 98c7b37a6b2427b4e21f 9205 4f84 8065 3182f2de28c4d17fe0dd 49b7 41fc 981e ac6c6472d08b46f17209 7c61 4635 8978 71b7b5ae76408756497e dadd 455f b9b3 c50df00b2d2f4a24c637 7eda 4e23 9f23 3b291f4e554e1b566ddf a8e5 452b aebf 7e043b1d40c696d94b2b 6910 4366 a7cd 967a40c67553533d17ae 24cc 442c a181 a914e650e6e8e05c9422 5e89 4da6 ba05 77cd5d1a479f

SUNGAI BESI, 25 Sep 17 - Perbarisan Hari ATM Ke-84 telah berlangsung di Dataran Panglima Tentera Udara, Kem Sg Besi melibatkan seramai 416 pegawai dan 2431 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

Perbarisan yang membawa tema "ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA" diketuai oleh Ketua Staf Am Markas Medan Barat, Mej Jen Datuk Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik.

Perbarisan pada pagi ini turut diserikan debgan peragaan aset ATM iaitu Kereta Kebal Pendekar, Kereta Perisai Adnan, X8X Gempita, Astros II, Meriam 155MM G5, Kenderaan Lipan Bara, Condor, Vamtax Igla, Vamtax AGL, GK MK 1 Gatling Gun, Kenderaan X Band, Supacat, Helikopter Agusta dan Fennec. Perbarisan turut disertai dengan lintas hormat udara oleh 4 buah helikopter iaitu dua buah EC725, Agusta dan Superlinx.

Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara/Penganugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera dan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera tahun 2017.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badarudin; Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Veteran ATM dan Penasihat Pertahanan Negara Asing.