Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ff3b75a1 c9d9 4a0d 9f7f 57f45f06fca4bd83233f 4c69 480f b04c c7954ef75b2878d5111f 53b2 4dd7 a5b9 7e8cf948f4dac6886e95 c3ae 49ca 8438 ecfe5b404717a0c5b889 654f 4426 9197 1bd2d077b741800262db 5312 49d5 a018 3c366800d0ae2953675b 181a 435a a112 581b058d45adWhatsApp Image 2017 10 02 at 10.48.45

PUTRAJAYA, 2 Okt 17 – Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut hadir di Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2017 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi. Empat Kontinjen ATM terlibat dalam perbarisan dengan kekuatan seramai Lapan (8) pegawai dan 240 LLP terdiri dari TDM,TLDM,TUDM dan Veteran ATM.

Sambutan Hari Pahlawan yang diadakan secara penggiliran antara ATM dan PDRM adalah bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Pada tahun ini, Majlis Sambutan Hari Pahlawan dianjurkan oleh PDRM.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyempurnakan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2017 yang turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Sri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri YM Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari Baharum dan isteri Datin Seri Maziah Mohd Hashim; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Polis Negara, YBhg IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun; Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abd Rahim Mohd Radzi dan isteri YBhg Datin Sri Zahrah Che Hussain; Panglima-panglima Perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan, anggota tentera dan Veteran ATM.