Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0404DSC 0430DSC 0595 

Asean Air Force Junior Officer Interaction Program (AAFJOIP) bertujuan meningkatkan perpaduan, kepercayaan, keyakinan, persahabatan dan persefahaman antara Pegawai Muda Tentera Udara Negara-negara ASEAN. Bagi tahun 2017 Tentera Udara Diraja Kemboja telah dipertangungjawabkan bagi penganjuran AAFJOIP yang ke-6 bermula dari 25 hingga 29 September 2017. Program ini diwakili oleh Kapt Ahmad Zul Fikri bin Ahmad Kamal TUDM dari No 11 Skuadron dan Kapt Muhammad Syafiq Syahmi bin Muhammad Suhaimi TUDM dari No 20 Skuadron.
Program ini telah melibatkan Delegasi dari 10 buah negara ASEAN. Program yang berlangsung selama 5 hari ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Kemboja, Lt Jen Keng Mony. Dalam program ini peserta membuat pembentangan mengenai sejarah dan pembangunan Tentera Udara negara masing-masing. Semua delegasi berangkat pulang pada 29 September 2017 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.