Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

0a138737 a681 4fbf 8ecf 2270145470156f1dfc3d 3614 4da9 8ed6 df60a207814067a63d00 3257 45e8 9aba 2635274e178d8a729f08 139f 4b5a b8f2 93f016127260ee5327ae e413 4ea5 ae5d f3a8d091186e42b22174 5e17 4ba8 ab42 bd59a03f7194

KUALA LUMPUR, 10 Okt 17 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Majlis Perasmian Nadwah Ilmiah Pegawai-Pegawai Kanan (NAIM) dan Pelancaran Indeks Syariah Kementerian Pertahanan 2017 bertempat di Dewan Perkasa , Wisma Perwira ATM.

Program tahunan ATM ini telah dianjurkan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini adalah merupakan salah satu wadah percambahan fikiran untuk merealisasikan objektif umum ATM yang berfungsi sebagai National Lead Agency.

Bersempena Majlis Perasmian pada kali ini juga ialah Syariah Kementerian Pertahanan. Ia merupakan sebuah indikator atau kayu pengukur yang dibangunkan oleh JAKIM bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Indeks ini direka bentuk dan dibangunkan dengan tujuan untuk mengukur tahap keseriusan usaha negara dalam merealisasikan prinsip, nilai dan sistem Islam berasakan lima prinsip Maqasid Syariah yang utama iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B Dato’ Sri Mohd. Johari bin Baharum, Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohamad Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Musthapha, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.