Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DL5RAFlVAAALfmDDL5RCR0UQAAM33V

DL5RBfNVwAUT1S2DL5RA6AV4AEDhEt

SUBANG, 11 Okt 17 – Sempena Pelancaran Trilateral Air Patrol (TAP) yang akan dirasmikan hari ini oleh ketiga-tiga Menteri Pertahanan (Malaysia, Indonesia dan Filipina) di Pangkalan Udara Subang, satu Majlis Makan Malam Rasmi telah diadakan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, Subang bagi meraikan kedatangan delegasi-delegasi.

Majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dihadiri oleh Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Gen TNI (Ret.) Ryamizard Ryacudu serta Timbalan Menteri Pertahanan Brunei Darussalam, YBhg First Admiral (Ret.) Dato’ Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan juga Senior Minister of State for Defence of the Republic of Singapore, YBhg Dr. Mohammad Maliki bin Osman.

Turut hadir meraikan kedatangan delegasi ini Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.