Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171012 WA0021IMG 20171012 WA0032IMG 20171012 WA0038IMG 20171012 WA0026IMG 20171012 WA0039IMG 20171012 WA0042

SUBANG, 12 Okt 17 - Majlis Pelancaran Trilateral Air Patrol (TAP) telah disempurnakan secara bersama oleh ketiga-tiga Menteri Pertahanan (Malaysia, Indonesia dan Filipina) iaitu YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, TYT Jeneral (Purn) Ryamizard Ryacudu dan Secretary Delfin N. Lorenzana di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Objektif Trilateral Air Patrol (TAP) ialah melaksanakan rondaan udara di kawasan tanggungjawab (KTJ) yang ditugaskan (kawasan perairan maritim yang berkepentingan kepada ketiga-tiga negara) dan memberi dokongan operasi kepada unit-unit maritim elemen laut.

Ia juga dapat mempertingkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah melalui perlaksanaan rondaan udara bersama 3 negara efisien serta mencapai objektif Teras Hala Tuju MinDef dan memantapkan keselamatan Negara melalui kerjasama hubungan diplomatik tiga negara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Turut hadir di majlis pelancaran ini Panglima Angkatan Tentera; YM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut; YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara; YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.