Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6684DSC 6686

DSC 6702DSC 6717

KUALA LUMPUR, 13 Okt 17 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat PSSTUDM telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Pejabat Panglima Tentera Udara hari ini.

Penganugerahan pangkat Kolonel Kehormat PSSTUDM telah diberikan kepada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), YBhg Kolonel (Kehormat) Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi bin A. Latif PSSTUDM. Dengan pemakaian pangkat tersebut, beliau akan memegang jawatan sebagai Komandan PALAPES UniSZA.

Semoga pengiktirafan seperti ini akan dapat menarik minat lebih ramai kakitangan dan penuntut universiti untuk terlibat secara langsung seterusnya menyertai Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TUDM khasnya. Sekalung tahniah buat Naib canselor UniSZA di atas pemakaian pangkat ini.