Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171020 WA0002IMG 20171020 WA0005IMG 20171020 WA0000IMG 20171020 WA0003IMG 20171020 WA0004IMG 20171020 WA0001

KUALA LUMPUR, 20 Okt 17 – Program Dialog Transformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) bersama Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah diadakan di Wisma Perwira ATM yang melibatkan pegawai dan anggota tentera dan awam yang berkhidmat di Wisma Pertahanan.

Program yang diadakan ini adalah sebagai inisiatif mendapatkan aspirasi warga MinDef dalam mendokong TN50D dan memberi pendedahan berkenaan 5 Nilai Teras TN50D yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan.

TN50D merupakan satu usaha untuk membangun hala tuju pertahanan melalui cara pengumpulan aspirasi warga ATM yang dikumpulkan daripada semua peringkat dan di angkat ke peringkat atasan. TN50D menyasarkan sasaran jangka panjang dan dilakukan secara progresif berterusan yang akan ditandai dengan pencapaian interim.

Turut hadir di sesi dialog ini Timbalan Menteri Pertahanan; YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum, Panglima Angkatan Tentera; YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor selaku Moderator, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM dan Awam MinDef.