Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20171021 WA0004IMG 20171021 WA0007IMG 20171021 WA0003IMG 20171021 WA0000IMG 20171021 WA0001IMG 20171021 WA0002

KUALA LUMPUR, 20 Okt 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Datin Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah telah menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-84 yang diadakan bertempat di Wisma Perwira ATM.

Majlis tersebut adalah antara acara tahunan yang diadakan bagi meraikan Mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan serta bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam ATM.

Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pertahanan; YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Panglima Angkatan Tentera; YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain bersama pasangan.