Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 26bc8909 1e30 4199 ad28 e26f69a3453ab8db06fd 6b31 44a4 8e27 18a35ebbc08948b25715 a5d0 489a 9c97 b9287d665276feb0972d 514c 4d53 8b2e 95eefefb40952429f864 1572 4703 b86e 492d66efd5baad218285 5520 400b b1e2 7f49e72c98e6

KUALA LUMPUR, 3 Nov 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) kepada Dr Mutia Sobihah bt Abdul Halim, Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Antarabangsa UniSZA dan Puan Suwaibah bt Hj Muhammad Nasir, Pelari Solo Wanita Negara di Bilik Eagle Nest hari ini.

Mej (K) Dr Mutia Sobihah bt Abdul Halim PSSTUDM akan memegang jawatan Pegawai Penaung PALAPES Udara UniSZA, manakala Mej (K) Suwaibah bt Hj Muhammad Nasir PSSTUDM selaku Ikon Sukan TUDM.

Mej (K) Dr Mutia Sobihah bt Abdul Halim PSSTUDM berkelulusan Doktor Falsafah Pengurusan (Phd) daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau akan terlibat secara langsung dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang Penyelidikan dan Pendidikan Berterusan melibatkan UniSZA dan TUDM.

Perlantikan Mej (K) Suwaibah bt Hj Muhammad Nasir PSSTUDM sebagai Ikon Sukan TUDM mencatatkan sejarah yang tersendiri kerana beliau merupakan bekas anggota PSTUDM berpangkat Laskar Udara Kanan (LUK) dan bekas Olahragawati TUDM selama 10 tahun berturut-turut. Beliau telah mencipta rekod sebagai Pelari Solo Pertama Wanita dalam Misi Menawan Gurun Sahara di Mesir dengan berlari sejauh 1,111 km dari Aswan ke Port Said selama 32 hari. Pencapaiannya ini telah mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat wanita Malaysia dalam 10 pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records di abad ini.

Beliau kini komited untuk meneruskan misi kedua iaitu misi menawan 30 puncak menara tertinggi di dunia. Beliau berhasrat untuk melengkapkan objektif utama dengan membawa mesej 1 World 1 Hope dalam misi Keamanan Dunia Sejagat dengan membuat persinggahan ke kem-kem pelarian di seluruh dunia antarany Asylum Kem Belgrade dan Serbia. Beliau bakal mencatatkan sejarah Negara dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan mencipta Guiness World Records sebagai wanita pertama berlari secara solo dan menawan 30 menara tertinggi dunia.