Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20171121091852 IMG 209320171121091152 IMG 189320171121091441 IMG 195120171121091701 IMG 201220171121091809 IMG 205020171121092650 IMG 228020171121092913 IMG 239020171121093140 IMG 2527 

KOTA BELUD, 21 Nov 17 - Sempena Eksesais Paradrop Deepstrike Insertion Extraction (PARADISE) Siri 04/2017, satu Demonstrasi Air to Ground (ATG) telah diadakan bertempat di Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud, Sabah.

Objektif latihan ini adalah untuk meningkatkan dan menilai tahap intergrasi di antara pelbagai elemen pesawat pejuang/tempur (mix fighting forces). Selain itu, eksesais ini menjadi platform bagi menilai pelaksanaan latihan operasi berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) dan Manual Udara yang sedia ada serta membuat semakan semula kepada publikasi tersebut mengikut keperluan semasa.

Sepanjang eksesais dijalankan, semua pegawai dan anggota terlibat telah mempamerkan semangat yang sangat tinggi dalam memastikan tahap kesiagaan semua elemen berada ditahap terbaik. Kejayaan mengoperasikan pelbagai pesawat dari kategori berbeza secara bersama dalam satu eksesais merupakan bukti keberkesanan latihan yang dilalui oleh semua peringkat anggota dan pegawai. Kerjasama sebagai satu pasukan dan komitmen tinggi yang dipamerkan oleh semua peserta eksesais merupakan kunci utama kepada pencapaian objektif yang ditetapkan.

Turut hadir menyaksikan demonstrasi serta ini adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Pesawat-pesawat TUDM yang terlibat dalam latihan ini adalah pesawat pejuang HAWK, F/A-18D, SU30MKM, helikopter EC725 dan Nuri serta pembabitan elemen Pasukan Khas Udara (PASKAU).