Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

23905194 1557984824289158 5926962589568047117 n23795167 1557984597622514 7421394459939604823 n23795007 1557984717622502 2736780849346688370 n23795635 1557984630955844 4580290835987933811 n24068015 1557984564289184 351811946808463144 n

LABUAN, 25 Nov 17 - Eksesais Mini PARADISE 4/17 TUDM di Pangkalan Udara Labuan berjaya mencapai objektif latihan yang ditetapkan. Panglima Operasi Udara, Lt Jeneral Dato' Sri Abdul Mutalib bin Ab Wahab TUDM berkata eksesais yang berlangsung selama 13 hari iaitu bermula 14 Nov hingga 25 Nov 2017 itu telah dilaksanakan secara latihan medan di peringkat taktikal dan dijalankan secara langsung bersama Eksesais Gempur IX anjuran Tentera Darat Malaysia (TDM) di mana 3 buah pesawat C-130 milik TUDM membantu Latihan 'Mass Drop Paratroopers'.

Panglima Operasi berkata misi utama Eksesais PARADISE adalah untuk melakukan latihan pelaksanaan Operasi Udara di Wilayah 2 (Sabah dan Sarawak) melibatkan hampir 300 anggota keseluruhannya.

Meskipun ada kekangan kewangan, eksesais seperti ini tidak akan dihentikan dan tiada kompromi, ia akan diteruskan. TUDM akan perbaiki kelemahan untuk pastikan eksesais ini bertambah baik.

Objektif yang ditetapkan dalam eksesais itu antaranya meningkatkan tahap saling kendali dalam menjalankan Large Force Employment (LFE), menilai kesediaan pertempuran, kemahiran dan kecekapan TUDM serta menyokong Eksesais Gempur TDM.

Aset TUDM yang terlibat dalam menjayakan eksesais itu ialah pesawat pejuang F/A-18D, pesawat pejuang SU-30MKM, pesawat pejuang Hawks, pesawat pengangkut A400M, C130H, pesawat KC130, pesawat pengangkut CN235, pesawat helikopter S61A dan pesawat helikopter EC725 AP.

Elemen lain yang turut menjayakan perlaksanaan eksesais itu adalah pasukan khas udara (PASKAU), 10 Briged Para dan Sqn 401 GBAD.