Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

64291011121415185

KUALA LUMPUR, 26 Nov 17 - Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan Malam Anugerah Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) bagi tahun 2016 yang telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma ATM.

Terdapat beberapa anugerah dan sijil penghargaan serta kepujian telah disampaikan antaranya Sijil Penghargaan kepada Pentadbir Sukan yang bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM, manakala Sijil Kepujian kepada atlet yang telah mewakili dan menyumbang bakti bagi peningkatan prestasi sukan ATM dan Lambang Perak kepada atlet-atlet ATM.

Pada majlis tersebut, sebanyak 12 persatuan sukan ATM telah menerima Insentif Sukan Sea. Insentif ini diberikan kepada atlet-atlet yang telah mewakili Malaysia bagi Kejohanan Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Penganugerahan Lambang Emas turut disampaikan kepada atlet-atlet yang telah dicalonkan sebagai olahragawati dan olahragawan yang mewakili ATM ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang sukan yang diceburi.

Laskar Kelas II JJM Mohd Hafifi bin Mansor dari sukan Angkat Berat telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2016 manakala Olahragawati disandang oleh Laskar Kelas I TNL Komalam Shally a/p Selvaretnam dari sukan Olahraga.

Pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan sumbangan kepada MSAT berjumlah RM 50,000 yang telah disampaikan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (Bersara), Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) kepada Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan AKS Materiel, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM.