Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

24852152 1572449289509378 2647829828668203905 n24796449 1572449356176038 4223919890745123093 n24852257 1572449459509361 2617610842700044082 n24232079 1572449066176067 5166629832086376905 n24852357 1572449149509392 1190522621988580229 n24899681 1572448999509407 1196345741317792583 n24862565 1572449949509312 2289984966080557932 n19030328 1572449382842702 2806893464886578217 n24796832 1572449792842661 6352164448900762086 n24862268 1572449036176070 3436697458794921814 n24862220 1572449252842715 8491906026049365148 n24862435 1572448906176083 1830780374308106277 n24796831 1572449912842649 2621864895407413472 n24862096 1572449426176031 126379658548945162 n24852342 1572449636176010 8807567932868882842 n24852361 1572449699509337 8546374813161294306 n24862364 1572449832842657 4203631426538793065 n24862404 1572450099509297 114403753689898890 n24852097 1572449982842642 1111330586958390038 n24862611 1572449596176014 2380358518163407405 n

IPOH, 9 Disember 2017 - Satu Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 57/2017 telah diadakan di Padang Kawad Akademi Tentera Udara (ITU) Ipoh, Perak.

Perajurit Muda (PJM) Siri 57/2017 telah memulakan latihan pada 1 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2017. Kekuatan PJM Siri 57/2017 adalah seramai 285 orang lelaki. Pelatih yang menjalani latihan selama 24 minggu telah dibahagikan kepada empat flait iaitu Flait Alpha, Flait Bravo, Flait Charlie dan Flait Delta.

Latihan selama 22 minggu ini telah dipecahkan kepada tiga fasa. Fasa pertama menekankan latihan asas ketenteraan, fasa kedua akademik dan fasa ketiga melibatkan latihan, ujian pratikal dan penekanan pembentukan sahsiah seorang ahli udara yang berkualiti dan berdisiplin.

Di dalam fasa pertama, para pelatih telah diterapkan latihan asas ketenteraan seperti Kawad Kaki, Kawad Senjata, Pengendalian Senjata, Latihan Jasmani, Latihan Menembak, Membaca Peta, Pandu Arah, Pertahanan pangkalan, Merentas Halangan dan latihan Hutan. Fasa kedua pula para pelatih didedahkan dengan pembelajaran akademik seperti mempelajari Pengetahuan Am Perkhidmatan, Keselamatan, Tatatertib, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Etika Tentera. Fasa ketiga para pelatih turut didedahkan dengan aktiviti sosial, sukan dan keagamaan sepanjang menjalani latihan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Perlawanan Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Tarik Tali, Merentas Desa, Merentas Halangan, Pertandingan Jalan Laju, Pertandingan Kawad, Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Islamiah.

Latihan yang telah dijalankan ini turut ditanamkan semangat juang yang kental, semangat setiakawan, jatidiri yang tinggi serta ketahanan mental dan fizikal dalam menempuh dugaan yang akan datang. Selain itu, pelatih turut diterapkan sikap patuh kepada arahan yang diberikan. PJM juga sentiasa diasuh supaya memperbaiki diri untuk maju, berdaya saing, berakhlak mulia dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan terutama di bidang kerjaya, akademik dan agama.

Perajurit Muda yang baru sahaja menamatkan latihan ini akan dihantar ke unit-unit yang telah ditetapkan bagi meneruskan kerjaya masing-masing. Mereka juga akan menghadiri kursus asas ketukangan seperti yang telah ditetapkan. Pada perbarisan ini Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima tabik hormat seterusnya memeriksa perbarisan. Panglima Tentera Udara juga telah menyampaikan hadiah kepada Flait terbaik, Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Akademik Terbaik, dan Perajurit Muda Penembak Terbaik.

Flait Bravo dengan cogan kata ‘Akan Terus Bersatu’ telah dinobatkan sebagai Flait Terbaik Keseluruhan. Flait Terbaik Keseluruhan ini telah dinilai berdasarkan kejayaan di dalam aktiviti yang dilaksanakan seperti Jalan Laju, Pertandingan Menembak, merentas halangan dan lain-lain lagi.

PERAJURIT MUDA UDARA TERBAIK KESELURUHAN SIRI 57/2017
Nama : Perajurit Muda Udara Azlan bin Mohd Kamaludin.
Piala : Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

PERAJURIT MUDA UDARA AKADEMIK TERBAIK
Nama : Perajurit Muda Udara Shanon a/l Lourdes Sagaran.
Piala : Piala Pusingan Panglima Pendidikan Udara.

PERAJURIT MUDA PENEMBAK TERBAIK
Nama : Perajurit Muda Udara Wan Afiq Muqri bin Wan Rahmat
Piala : Piala Pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir.