Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2e79135f 3aaf 42ba 8866 e4795d14713f3cd273bd ee3a 47be 8277 ed06ffd027b2b6ab0117 64f0 4d7f 83c7 68c1c6fd46d1cdb9027a fab1 4b5d a45e 71b8159f78f2ea5ffd06 5466 4a1a 8ab5 af8b391abd3cb546a369 606a 4460 a86f 86a3a071a6e7

KUALA LUMPUR, 14 Dis 17 – TUDM sekali lagi mengungguli Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2017 apabila berjaya merangkul Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga dalam Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Kategori Penambahbaikan.

Majlis sambutan yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan menyaksikan projek Aircraft Electrostatic Discharger (AED) dari PUSPEKA berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut dan Cawang Operasi, Pangkalan Udara Kuantan mendapat tempat kedua dengan projek Bird Strike Mitigation Programme- CD Reflector Triangle. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Skn 310, Pangkalan Udara Butterworth melalui projek Voice Ping Box (VPB).

Selain itu, Cawang Materiel, Kolej Tentera Udara turut cemerlang apabila mendapat tempat ketiga dalam Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Kategori Penciptaan melalui projek Smart and Efficient Tyre Rack. Bagi Kategori Projek KIK Harapan, Pusat Latihan Pejuang (PSP) turut mendapat tempat dengan projek mereka, Fighter Interactive Trainer System.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum diiringi Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Hadir sama menyaksikan, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.