Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171215 WA0028IMG 20171215 WA0016IMG 20171215 WA0025IMG 20171215 WA0010IMG 20171215 WA0012IMG 20171215 WA0015IMG 20171215 WA0020IMG 20171215 WA0024IMG 20171215 WA0026IMG 20171215 WA0018IMG 20171215 WA0027

KUALA LUMPUR, 15 Dis 17 – Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Penganugerahan ini adalah bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan veteran yang mempertahankan tanah air ketika era komunis. Seramai 234 penerima terdiri daripada Veteran ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Persatuan Veteran India ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan dan Persatuan Veteran 3 RAMD Selangor/Wilayah Persekutuan.

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.