LUMUT, 18 Dis 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri majlis peletakan lunas bagi Kapal Kombat Litoral (LCS) ketiga daripada enam buah LCS yang dibina untuk TLDM hari ini. Majlis yang dianjurkan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Peletakan lunas ini menandakan bermulanya proses percantuman blok yang menjadi asas sebuah kapal, menggunakan kaedah pembinaan modular. Kerja-kerja pembinaan LCS keempat sudah dimulakan menerusi pembikinan dan pemasangan panel. Majlis peletakan lunas dijadualkan pada suku kedua 2018. Disamping itu, LCS kedua bakal dilepaskan ke dalam air pada Oktober 2018.
Hadir sama menyaksikan Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.