Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

432ea749 0703 4251 a044 0d6a85ada43e214f2d8a 83a1 4d18 9af0 b7663602994c

e5d5fce5 1e04 4927 81a7 a922a9227ed1969f6cb7 0e57 4304 9750 285fae72d951

LUMUT, 19 Disember 2017 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada dan Kempen #PerkasaPerwira Pangkalan TLDM Lumut. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar Perak, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Pengerusi PERNAMA, YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz Hj Zainal (B).

Majlis Transformasi Kompleks Mutiara Armada merupakan salah satu daripada program Hala Tuju Kementerian Pertahanan Malaysia yang diilhamkan oleh Menteri Pertahanan. Ianya diletakkan di bawah Teras Kebajikan dalam agenda Kos Sara Hidup di mana program ini menjurus kepada kebajikan untuk warga dan veteran ATM.

Kompleks Mutiara Armada Pangkalan TLDM Lumut dipilih sebagai lokasi transformasi kerana ianya merupakan kompleks yang terbesar yang dimiliki oleh pihak PERNAMA. Ianya telah beroperasi hampir sedekad lalu dan kini telah tiba masanya untuk kompleks tersebut ditambahbaik agar kelihatan lebih moden dan selesa kepada pengunjung setanding dengan kompleks membeli belah yang lain.

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ini ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan peruncitan serta menawarkan perkhidmatan pengurusan khusus untuk manfaat dan kebajikan warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PERNAMA adalah kesinambungan daripada Navy, Army and Air Force Institute (NAAFI) yang telah mengambil alih NAAFI. Misi PERNAMA adalah untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui rangkaian khidmat runcit di seluruh negara dengan penyediaan barangan pada kadar harga yang berpatutan, kompetitif dan terkawal.

Majlis ini turut dihadiri oleh KSU Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin; AKS P&P, YBhg Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.