Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

51fec876 51e1 4d16 a6a3 478f7ed94f695a5a2d0e e3a6 4df3 9c80 f9156fcf75b8

57df1541 27f0 4ea4 bc5f 29a573f053ddd188b32d a9e9 4e44 99c5 1aadde862125

KUALA LUMPUR, 20 Dis 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM secara rasminya dilantik Yang Dipertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang baru setelah mengambil alih tugas tersebut daripada Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim hari ini.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Wisma Pertahanan telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor merangkap Penaung MSAT dan turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.