Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

492fd259 4222 4ba7 b8c3 44a2e347d670a721a2dc 3b92 471e 8e66 567db358f572b809ebb6 09a2 4ba8 966e 3b80fd81c14919fde09a 0c47 4011 9054 9fa6b155f8a6013ce3ce 734f 47d8 a456 b9d27149d9bf451eb4a5 bfb0 4fe1 a760 f0cc8c70f62ca063adc3 31b8 4991 ad6a 0b53a70baf0b

KUALA LUMPUR, 19 Dis 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma bertempat di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Johari bin Baharum. Seramai 44 orang peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus yang terdiri daripada 18 orang pegawai Tentera Darat Malaysia, 7 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, 7 orang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, seorang daripada JPA dan 10 orang daripada luar negara.

Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Dato’ Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Baharuddin, dan Penasihat Pertahanan negara sahabat serta ahli keluarga peserta kursus.