Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6ab2e597 0f19 4646 b0ec a497159d25e08f184333 4e03 466d b3a5 36a4ddd36c83aaba35c4 7a67 42cd 9e7a 714c63cd4bb3c643c115 4c3e 46e5 8db0 6cbc08485a59f0875345 46bd 489a a862 831c452bfeccfc66f983 0595 403c ae65 3f71241a1da1

IPOH, 21 Dis 17 - Bahagian Tadbir telah mengadakan Mesyuarat Prestasi Cawang Tadbir bertempat di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara, Ipoh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM ini dihadiri oleh Pegawai Kanan Cawang Tadbir, Pengarah-pengarah Cawang Bahagian Tadbir, PS 1 Tadbir Markas, Ketua-ketua Cawang Tadbir dan Pegawai Waran Cawang Tadbir dari Markas dan Pangkalan Udara seluruh Malaysia.

Mesyuarat prestasi cawang tadbir merupakan salah satu platform pemantauan prestasi, penyampaian maklumat kepada peringkat pelaksana dalam menentukan pematuhan arahan dan dasar-dasar baru perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak atasan dilaksanakan dengan betul.

Objektif mesyuarat ini ialah untuk membincangkan pencapaian aktiviti Cawang Tadbir Tahun 2017 dan perancangan bagi tahun 2018 serta membentangkan dasar-dasar dan arahan pelaksanaan terkini. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab Pegawai Waran Pangkalan.

Diakhir mesyuarat, Asisten Ketua Staf Tadbir telah membuat penggulungan dan ucapan penutup.