Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

305ad5ff b094 4253 9df7 c2146b4cab082ab339ea f750 4e8a 897a 8e2f22cb118b8d0b5341 13ad 417a bd37 a7c6569519ca9adf119b 2af2 456e 8995 60a2bdddf4d633b73d47 59cd 47f3 bae9 384eaa235b3e70a12ab2 7384 4ba4 b352 c7c7a50fe83c94deb9ba 5800 4c68 883e 050df4037fc4a7959219 56cd 4452 94fb 4b06ef92357aceddf07d 5594 480b b24e 2d54a5a5f672

KUALA SELANGOR, 22 Disember 2017 - Satu Program Jiwa Murni bersepadu dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) dan Persatuan Nelayan Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program Jiwa Murni yang dilaksanakan ini merupakan rentetan kejadian kemalangan pesawat CN 235 milik TUDM yang terhempas berhampiran Kampung Asam Jawa pada 26 Februari 2016 yang lalu. Program ini diharapkan menjadi sebagai satu platform menjalinkan hubungan baik antara masyarakat setempat dengan TUDM. Ia juga sebagai menzahirkan tanda terima kasih kepada Persatuan Nelayan Kampung Asam Jawa yang turut bersama-sama membantu pihak TUDM melakukan kerja-kerja mengumpul dan membawa keluar struktur serta serpihan pesawat CN 235, sebelum dihantar ke Pangkalan TUDM Subang untuk tindakan lanjut.

Pengisian program ini adalah menumpukan kepada pembinaan dan membaikpulih jeti milik Persatuan Nelayan kampung Asam Jawa yang memerlukan penambahbaikan dari aspek infrastruktur dan keselesaan. Kerja-kerja pengubahsuaian dan penambaikan telah dijalankan lebih kurang sebulan sebelum tarikh perasmian yang dilaksanakan pada hari ini.

Program Jiwa Murni pada hari ini diharapkan dapat menzahirkan rasa tanggungjawab sosial antara TUDM, Destini Prima Sdn Bhd kepada masyarakat Nelayan di Kampung Asam Jawa selain memacu teras Kebajikan yang merupakan antara enam elemen utama Teras Kementerian Pertahanan (MINDEF). Hadir bersama pada perasmian ini adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Group Managing Director Destini Prima Sdn. Bhd, Dato’ Rozabil bin Dato’ Abd Rahman serta Ketua Unit Pangkalan Sg Bukit Rotan Asam Jawa, Sulian bin Malik.