Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Jan 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1057cabc e99b 4122 9b28 d6ead50a76dbd9dce8f8 5ce1 4b48 a551 ac09e130f4f7185d130e ab27 49d7 b742 0fed730161f738a01e79 304e 428f ba58 2d63107ca1b1867a5c46 1cc3 4145 9964 d2ca51031aaf74440701 2f9e 4ffa ab33 5678779f4e65

KLUANG, 11 Jan 18 - Majlis Pelancaran Blueprint Agenda Pendidikan Kementerian Pertahanan 2018-2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Pendidikan, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak di Padang Kawad Batalion Ke-5 RAMD Kluang, Johor hari ini.

Pelan tindakan tersebut bakal melonjakkan paradigma baharu agenda pendidikan dan memberi manfaat kepada 33,611 pelajar, selain 1,987 guru sekolah dalam kem tentera dan 67,222 ibu bapa membabitkan warga tentera, veteran serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Pelan tersebut memfokuskan kepada peningkatan kemudahan pendidikan, memperkasakan pendidikan dan merangka inisiatif untuk memartabatkan pendidikan serta memberi pengiktirafan dan penghargaan menerusi modul insan kepada warga kementerian.

Hadir sama di majlis pelancaran Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamad Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.